Pages

Sunday, May 26, 2013

Red Velvet for my mom

Salam Alhamdulillah akhirnya siap gak cake red velvet ku ini walaupun rupa tak semenggah. 
Lama tak buat kek tangan pun jadi keras..alasan:p 
Sebelum nak buat tu hari2 tengok utube cara nak buat rose..siap beli nozzle bagai..sekali pagi tadi duk pipe2 testing...cream cheese frosting aku terlembik..sobsob..tapi sedappp:p
 tensen..tak dpt la nak buat bunga rose penuh2 satu kek..huhuhuu last2 aku gabung je bahagian bawah dgn kaler pink & kaler putih..tp mcm sgt comottt..rasa segan nak bagi kat mak mentua...tp hubby kata bagi je la..janji dari hati..haishh..hope mak suka la..maapkan saye yg kekerasan tangan 



Monday, May 20, 2013

New video in Perth~

Again,another simple video..our short trip in Perth =) Sorry the music is not related at all with the video:p

Sunday, May 12, 2013

Sunny sunday,brunch mee bandung yummy

Assalamualaikum
Sebelum nak cerita pasal mee bandung aku nak up beberapa pics yg menarik perhatian aku kat sana :P
jom tengok
kucing ni tuan rumah punya,aku tatau nama dia.tp kami pgl shiba.suka2 je..tiap2 pagi sebelum keluar mesti kacau dia dulu..gebuuuu

princess lea?? hahaha.jumpa topi kat kedai game
perth dalam kabus.terjumpa org malaysia.kdg2 susah mau jumpa tourist sesama melayu yg tak sombong,tapi diorang sgt peramah.boleh sembang2 lagi.oh baru teringat,janji nak share pic ni kat fb diorang

Okay jom kita start cite2 di ptg hari..tp perth dah malam (hati sudah rindu)
Kami telah dijemput kak Umi untuk menjamu selera mee bandung dirumahnya
Tapi pagi tuh awal2 lagi kami dah keluar rumah untuk ke sunday market.kami pergi dua sunday market
Belmont Avenue
Mellville Plaza

daun yg kemerahan di sunday market
 tapi kami banyak jalan di belmont ave je,sebab bila sampai kat mellville plaza hari dah terang,para manusia pun dah makin ramai bawak anjing .mana2 jalan terserempak.kalau kecik tu boleh buat rileks lagi.sekali tinggi mcm manusia.
Selepas ke Belmont ave,kami sempat cari sarapan dulu.Pagi2 ni taktau mana nak cari sarapan halal,nasib baik terjumpa dalam gps .Perth Lebanese Bakery,welshpool
dalam bakery semua ingredients halal pak arab dijual,mrs mac halal pun ada.kami hanya ambil sekeping olive+cheese pizza (3dollar). gambar takde sebab lapar kejap je licin:P
Selepas tu baru kami gerak ke rumah kak Umi
jom kita layan gambar,masa ni pun tak byk ambil.sebabnya semua pakai lens wide..lens kesayangan ada dalam kereta malas nak ambil.huhu..jadi amek gambar mee bandung pun tak dpt close up



antara menu yang kak Umi & abg Aziz hidangkan
starter:-
pancake
croissant butter & choc chips
lagi satu mcm croissant gak tp taktau nama

main:-
mee bandung - layan~

dessert:-
puding susu strawberry -legend !!yummy

jus buah,nescafe,kopi kaw~
memang kenyang kami haritu,alhamdulillah.terima kasih kak Umi hidang mcm2 untuk kami.Moga Kak Umi sekeluarga dimurahkan rezeki.Amin
inilah mee bandungnya,maap kena pakai wide lens @_@ ,btw mee tu handmade.bukan kedai mari

kawan kak Umi,Fadilah & hubs.anaknya Akif suka minum jus:)

okay yang ni sgt yummy,kalau bukan sbb kenyang.dah tambah dah.bila balik baru teringat..kuikui
alhamdulillah selesai
Lepas borak2,agak2 dalam pukul 2 ptg kot.kami beransur pulang,kak Umi siap bekalkan choc bunny yang sangat byk+ dapat pancake maker! yay...alhamdulillah rezeki
Kisahnya aku dan hubs duk mencari pancake maker yg dijual kmart,harganya dlm 12dollar je..sgt murah!tapi itu dulu,masa aku dtg perth sebelum ni..tapi sekarang cari dah takde..huhu,sebab abg Aziz kata diorang lelong waktu sales 3 dollar satu pancake maker (ada byk lagi,pie maker,pop cakes,choc fountain)semua habis licin.kompem takde,yg tinggal brand mahal je la.
Tiba2 hubs ternampak pancake maker ni kat rumah kak Umi,dia tanpa segan silu pi tanya beli kat mana..hadoi...segan aku.huhuhu...tup2 lepas tu kak Umi bagi pancake maker...alhamdulillah sgt2...malu segan semua ada,tp dalam hati seronok sangat2..terima kasih sekali lagi Kak Umi..heeee:D

Balik tu kami ke Kings Park

oklah dah nak maghrib,insyaallah jumpa di next entry
Assalamualaikum~

Saturday, May 11, 2013

Memancing di North Mole,Fremantle

Okay,kita sambung entry mengenai North mole
Actually kami pergi sini 2 kali,first dtg tak dpt ikan.Second kali dtg baru dpt ikan.tu pun bukan kami yang pancing..abg Aziz yg pancing,hubs ada la tlg tengok sikit2..maklumlah kat Msia ni pun tgk orang je memancing..hikhik

Jom tengok gambar
silhouette of north mole
terbang burung terbang tinggi-tinggi
bersama abewe & yiyi
abg Aziz bersiap sedia nak pancing ikan

mesti Kak Umi tgh updat fb masa ni :)
Ketika aku tgh asyik mengambil gambar,tiba2 dpt rasa betapa seronoknya memulakan hidup disini.
Dapat hidup negara 4 musim.Kelihatan semuanya indah belaka.
Terlintas difikiran ku betapa indahnya perjalanan hidup Kak Umi disini.Tetapi apabila aku lihat,tidak semua yang indah bermula dengan senang.
Mendengar cerita dari Kak Umi,dapat ku agak permulaan untuk memulakan hidup baru memerlukan pengorbanan yang sangat besar


Terpaksa melupakan seketika pekerjaan di sini,terpaksa berjauhan dgn sanak saudara,terpaksa melupakan makanan yg enak2 di Malaysia.
Untuk memulakan langkah ke negara org juga bukanlah senang,demi mencari sesuap rezeki.demi mendapatkan kejayaan untuk anak2  memerlukan semangat & ketabahan yang kuat.
Apabila aku melihat telatah Yiyi & Awe,gelak ketawa mereka bermain bersama.Sesekali Yiyi pula dtg memeluk ibu tersyg,hatiku mengucapkan kesyukuran kerana mereka dpt hidup selasa di negara orang.
 Walau apa pun berlaku,pengalaman hidup di negara orang pasti meninggalkan kenangan indah yang sukar diungkapkan.Kami berdua mendoakan yang terbaik buat Kak Umi sekeluarga.Amin
abg ni org melayu gak,isteri org jepun.mencari rezeki di perth.heheh..konfem dia tatau pic dia dlm blog aku:p
ramai local juga memancing disini
yay! hasil tangkapan pertama,alhamdulillah rezeki
kami byk merepek dari memancing..huahua
hasil tangkapan kedua:)
agaknya if dah ada anak,kemanakah aku ingin bawa si kecil merantau :)

Persimmon Orchard & Araluen Farm

Assalamualaikum
Harini inspektor Hannani & koperal Faizi ingin membuat laporan mengenai percutian kami bersama Kak Umi

over kan somi nih :p
Okay!Harini aku nak cerita pengalaman ku ke ladang pisang kaki & picnic bersama Kak Umi & family.
Untuk pengetahuan semua,ini adalah kali kedua kami dapat berjumpa dgn Kak Umi.Agenda ke ladang pisang kaki & picnic ni adalah idea Kak Umi sendiri.Seronok sangat2 sebab first time sampai ladang persimmon ni,buahnya pun jarang nampak...inikan ladangnya..hehe
ladang ni dah dekat sangat dengan Araluen.dekat area Bedfordale rasanya.
Okay jom kita tengok gambar2

buah dia sangat la manis + crunchy.manis dia mcm mangga..yumyum

Inilah tuan punya ladang.hehe..takdela ni lah Kak Umi.blogger yang menetap di Perth

ada mcm satu family x?hihi

Ini pula suami kak Umi,abg Aziz & incik somi
Kak Umi & suaminya sgt lah baik & humble.Baru jumpa berapa kali dah rasa rapat.
Pernah tak korang rasa begitu akrab dengan adik/kakak masa kecil2 dulu?Then bila korang dah besar masing2 sibuk dengan kerja dah makin susah nak jumpa.Nak manja2 pun dah takleh dah.Ada yang duduk jauh,ada yang mulakan hidup baru.Kdg2 rasa sunyi tanpa mereka.
Bila aku bersama dengan Kak Umi & Abg Aziz..tiba2 je rasa terubat kerinduan bersama adik-beradik.Rasa Kak Umi seperti kakak sendiri.Tidak pernah kedekut ilmu,tanya je pape pasal perth,insyaallah mereka akan tolong.sanggup bawa kami berjalan jauh..malah siap bekalkan kami dgn pelbagai hidangan..huhu,rasa terharu sangat2 :')
Terima kasih Kak Umi,walaupun perkenalan kita singkat.tapi kak Umi melayan kami seperti keluarga sendiri.Selesai berjumpa kak Umi,hubby tak putus2 memuji.tak sangka dapat bersua muka dgn mereka sekali lagi.Alhamdulillah
ni persimmon yang telah di petik & diasingkan gred nya
Selesai ke ladang persimmon,kami ke Araluen untuk picnic.Perut pun dah berkeroncong,rasa tak sbar untuk merasa menu Kak Umi.Bihun goreng & sandwich.Peghh memang layan dgn angin sejuk2 ni

sungai kecil di Araluen


hubby kata air mildura rasa mcm ubat batuk..kuikui

Alhamdulillah selesai makan kami beransur pulang.Tp selepas tu aku & hubs sempat ke Bunnings mencuci mata melihat pokok2 bunga yang cantik2.Selepas tu baru kami pulang berehat,mengumpul tenaga utk memancing.(sy xmemancing, xreti :p)
Insyaallah jap lagi aku akan update pengalaman memancing di North Mole,Fremantle pula.