Pages

Thursday, June 13, 2013

yay dapat bergambar dengan Kim Jong Kook!sparta~

Salam
First of all,I'm not fanatic fan of K-Pop..but i am fanatic fan of Running Man!
Tadi kami dpt berjumpa & bertentang mata dgn Kim Jong Kook sparta!! ohh my ohh myy..boleh pengsan.nasib baik dah berlaki..haha
Actually before nak datang,hubs tanya dulu ex ofismate dia kat tv3 boleh tak nak tgk KJK interview kat One.Fm .Kebetulan ada member hubs yang shift malam,kami apa lagi..bedesup la ke Media Prima.
Tapi gambar tak berapa clear ,sbb first dpt shoot dari jauh.body guard yg gediks tak bagi shoot dekat2.second..napela malap je lampu Media Prima ni.
nasib baik kami sempat menyelinap masuk kat tepi konti.masa tu ada 3 org je,aku hubs & sorang girl nih.yang lain semua kat luar..hahaha,bila Jong Kook oppa keluar je dari konti terus kami serbu (gila fanatik aku ni,tak pernah aku buat perangai camni :p )
Body guard semua kecoh marah2..aku apa lagi.kata ngan KJK 1 picture only,sambil buat muka sadis..terus dia kata ngan body guard..1 picture 1 picture..can can..haha
jom layan gambar yg blur2 tak cukup makan..:p
KJK tengok camera saya.Yay!




Bila balik rumah dah pukul 12am,tetiba rasa insaf sekejap..Orang lain malam Jumaat baca Yasin,ko pi kejar artis Korea...ish ish ish.

Gel/Lip Tint :)

Inginkan bibir yg merah mungil tapi nampak natural?inginkan bibir seperti artis korea? Yay,akhirnya in2it dah keluarkan product Gel Tint aka lip tint.Actually dah lama aku nak beli mende ni,tp disebabkan ada keluaran yg agak mahal & mostly yg murah kena beli online..terus rasa malas nak beli.






nampak natural kan lepas pakai?ini bukan lips saye,semua gambar hasil google :P

Tapi masa jalan2 Jusco baru-baru ni,sempat singgah Watson..tak sangka In2it dah keluarkan gel tint.
Gel tint ni boleh pakai kat bibir & pipi.Bila apply dia tak rasa berat kat bibir kita.Malah petua nak bibir mcm org korea,seakan2 natural seperti tak pakai makeup disebabkan guna lip tint lah.
Actually brand lain mmg dah lama ada kat pasaran mcm benefit.Before this aku pernah try,tapi masa tu tak terpengaruh lagi..hehe..
Btw,aku beli sebab nak pakai both kat rumah & luar.Yelah ramai kata berhias biarla dirumah & di depan suami..tapi tak kose la nak pakai lipstick tebal2 24 jam ye x?jadi lip tint ni merupakan solution utk aku sekali sekala melaram di rumah..haha..
bila pakai dia xde rasa oily or greasy mcm pakai lip gloss.Pada siapa nak mencuba bolehla bli kat Watson.rm9.90 sahaja :)
ji hyo pun pakai lip tint,tapi dia duta utk Benefit :p
aku amek melon :)

Monday, June 10, 2013

Aviation Heritage Museum,Perth

Assalamualaikum
Kali ni nak cite pasal Aviation Museum di Perth
Akhirnya dpt juga kami ke sini,asyik ter 'cross' dari list sebab last minute mesti tak sempat
Tempat ni not bad,terutama kepada penggemar kapal torobang...museum ni juga sesuai untuk anak2.
Museum ni actually hubs yang nak pergi,dah alang2 mmg kami pergi kali ni dah taktau nak wat ape:p
Cuma yang aku google sebelum ni katanya free,tapi masa kami pergi dah kena bayar
Rasanya 10aud per entry.Tapi mmg worth it
Pakcik2 yang jaga situ semua pesara,diorang siap cerita pernah sampai Johor,Penang,Ipoh.macam jumpa kawan lama lak borak ngan pakcik2 nih.
Ada kapal yang kita boleh  masuk & ada gak butang yg boleh tekan2.bagi yg minat mende camni mau dekat sejam baru keluar.Hubs kena paksa baru dia nak keluar:P
ada banyak gambar tp tahap kemalasan menggunung..heheh
Ok jom layan gambar



ni enjin kapal kot?

suka yang ni :D

yg ni lak nampak je kecik,tapi masa tgk depan mata sgt la besar


ada dua building museum ni,yg gambar ni building ke 2


Sunday, June 9, 2013

Rumah yang sunyi~

Assalamualaikum
Cite tentang red velvet tak habis lagi..hihi..harini baru nak upload gambar camne rupa dia kat dalam.
Itupun camera dah habis bateri,lupa nak charge!>_< so bercampur2 lah gambar handphone dgn slr
Dua minggu lepas kami bawa kek ni ke Teluk Intan,suka mak tengok.semua puji sedap..yay!alhamdulillah.

Tapi selepas seminggu kami duduk sana,sampai la masa nak balik tiba2 mak dan ayah decide nak turun kl juga.so meriah lah kami sepanjang minggu lepas.
Sempat melawat sedara mara ayah yang ada kat sini.Tiap2 malam ada je aktiviti..main tangkap gambar banyak2 pastu edit guna perfect360..sukala mak bila kena makeup 'digital' kuikui...hubby lak ambil gambar ayah pastu makeup kan tebal2 guna perfect360.ketawa berdekah2 la satu rumah bila tengok.kuikui

Taktau nak buat apa,on Wii..ramai2 main bowling.malam yg sunyi jadi meriah dek kiteorg..nasib baik la rumah kami ni depan pokok2..kalau depan belakang ada rumah konfem org tensen dgr kami bising :P

Now diorang dah balik jadi sunyi,tinggal berdua balik.sobsob..bosan2 nasib baik ada wechat..hubs on dapat la babai2 diorang.Nampak la kakak,ayah,mak tengah minum malam..si kecik sorang tu pukul 9pm dah tido,kalau kami ada,selagi kami tak tido dia pun taknak tido.mak siap tanya bila nak dtg..Insyaallah ada rezeki dtg lagi :)

Gambar ciput je,membebel byk:p
tgk la lilin2 semua dah tak lurus..keje si kecik duk main patah2 kan..ni je la lilin yg terselamat :p

hadiah mak tahun ni blouse kaler orange+grey..bila kata nak amek gambar terus mak salin pakai baju baru..haha

ni pakai handphone hubby tlg ambilkan

kalau nak nampak potongan cantik,guna pisau tajam yg dah dicelup air suam.lap baru potong..ni sebab si kecil nak potong.takleh pisau betul..kuikui