Pages

Saturday, September 29, 2012

Wildflower festival -Day 5

As salam
Harini excited sgt2 nak pergi Kings Park,sekarang semua wildflower tgh blooming..weather pun nice je.
Bercakap pasal weather,tak kira la kat Aussin ke,kat kedai kebab ke..semua kata today is very nice weather,good for you..honeymoon rite? -sambil mereka buat muka gatai..hahaha,tp pak Aussin tu cakap malay lah..mereka ingat aku ni baru kawin kot,sbb pakai inai..kuikuikui..nak wat cane,inai kat umah satu tube besar,sape lah nak menghabiskannya kalau bukan aku..ok dah merepek ni

Pagi tadi aku siap masak nasi putih & lauk brahim,ayam masak merah..ingat nak picninc sana,tp lapar lak.kami pun laki bini makan sampai kenyang,baru lah keluar rumah.
Gambar seyes byk aku snap,tapi aku letak pic instagram dulu,sebab senang edit pakai phone..gambar dlm slr akan menyusul kemudian.

Esok ada festival apa ntah kat kings park ni,siap ada konsert & jualan booth2 bagai.tapi kami tak pergi sbb esoknya mau turun ke Albany=) Sape2 ada disini boleh lah singgah esok.

Boab tree

itik comel,anak dia gebu2

sedih xdpt gi Geraldton akhirnya terubat dpt tgk carpet berbunga ni kat Kings Park =) =)


Okay,tadi kami mkn di Ararat Kebab,cheese & egg pide dia sangaaaat sedap,silalah pergi ye,highly recommended.Aku tau kedai ni pun sbb Kak Umi bgtau,thank u so much Kak Umi
Sempat gak singgah Kong Oriental,jual asia groceries,kedai dia sebelah Ararat Kebab ni.
.Btw,pada peminat nougat,akhirnya aku dah check ketiga2 kedai oriental,yee seng,chan brother & kong...disahkan oleh aku,haha...Kong oriental lagi murah..aud 25 dollar sahaja berbanding kedai lain 26.95dollar..kat fremantle lagila mahal 27-28dollar,takyah beli.
Okay,ni address Ararat Kebab,tuannya pun baik & peramah.Bila ckp assalamualaikum,satu kedai(4-5org) jawab salam.hehe
dia tingkat bawah sekali,keadaan mall ni mcm food court,ramai student yg suka lepak sini
 gamba tak byk,insyaallah balik Malaysia akan ku update tambah gambar ;)

Broadway Fair Shopping Center
 Nedlands, WA 6009 Australia
Opening Hours
Seven days 10.00am to 10.00pm
Telephone
            08 9389 1063     

Friday, September 28, 2012

Day 4 in Perth

As salam,awal gila aku bangun pagi ni.Sebab semalam aku tidur awal..kul 8lebih dah tido.Org demam kena tido awal..hehe..gara2 perubahan cuaca tetiba demam lak...tu yg aku bgn awal ni,dari tak wat pape baik update blog sebelum bersarang.

Aku nak cite pasal semalam..hari ke 4..Btw,bare in mind..pic ku semua tidak diedit & tiada logo kerana photoshop ku tiada di laptop kecil molek ini.
Seawal 6.30 pagi kami dah keluar rumah.Hati penuh berbunga sebab dah lama tidak memijak fremantle tercinta.Btw,gambar yang ku tunjuk nanti tidaklah byk mana..and aku try cari pic yg different side of fremantle..sbb dah byk sgt pic fremantle dlm entry dedolu

parking
Kami sampai awal,terus parking tempat park yg bertingkat2 tuh.Masa ni fremantle market dah buka,jalan2 tgh fresh strawberries yg gemok2...
strawberry debab,sedebab tgn ku
 pastu jalan2 dulu sekitar fremantle..masa ni tak bape syok..sbb awal lagikan ..so takde la ramai org...tiba2 ada mat salleh ni jln depan aku,pastu duk baling putung rokok dia & hentak kaki kuat...pastu masa kiteorg jalan dia duk keliling kami sambil hentak kaki...gile ke ape..bukan sekali tau,mau 3-4 pusingan dia buat..aku mcm dah cuak,suamiku steady je lagi..aku pun cepat2 tarik tgn hubs masuk coffee house..yg hubs aku mara,suh buat taktau je..aku tgk dia berlalu pergi baru lah kami keluar..haish,mabuk kot..tensi sekejap



Lepas jalan2 tu kami decide utk pusing skali lagi fremantle markets,sbb yg pasar kering dah buka..jalan2 shopping bagai kami pun decide utk ke Eshed..oh,btw..dekat Eshed ada megabes,sebelah Aussin...tapi kat fremantle market pun ada cawangan megabes,wife dia jaga situ..wife dia siap nasihatkan,dia byk jual kat pelancong luar,if nak murah boleh ke kedai suami dia,sbb rent kat fremantle market mahal..bezanya ada sesetengah barang yg tak dijual di eshed.

Setelah itu kami pun bergerak ke eshed dengan menaiki cat bus,masa tunggu cat bus ni pun ada pompuan mabuk gak,pening aku..sejak bila perth ni ramai org tak betul

dalam cat bus,pic blur skit
what i love about spring,merata2 tepi jalan ada wildflower..weeee

Lepas shopping,takdela bagai nak rak habis..tp sbb beli brg org pesan..kami pun ke round house..jalan kaki je dari Eshed,senang sbb ada laluan pejalan kaki & bicycle.Oh,btw sape nak jenjalan free dan kurang memenatkan kat tourist information center diorang ada disediakan bicycle free for ride.

tangga roundhouse
Lepas penat snap sana snap sini,kami pun ke Cicerellos..rindunyaaa ngan fish dia..makan sambil angin sejuk mnyapa..terasa sampai ke tulang,siang2 buta ni 16 celcius,angin dia yg menyebabkan kita rasa nak terkucil..Lepas kenyang ,kami pun berangkat ke parking...


taxi mario sedia menghantar anda ke mana sahaja..kuikuikui..topi tu beli di eshed
Lepastu kami ke Bunnings plak..hehe,part ni aku sgt suka..mesti ramai pelik nape aku pi sini..sbbnya ni kali ke 3 dah aku pergi perth,so takde a rushing nak tgk sume attraction...perjalanan di perth kali ni lebih lite n easy..and dulu aku beli benih wildflower utk tanam di malaysia,,tak menjadi..huhu,hampa..sbb tu kali ni aku nak cari anak pokok lak,senang terus tanam je nanti
pelbagai jenis munga munga comel
sangat2 suka tgk bunga purple ni,luruh hati tgk..tapi besar sgt utk di bawa pulang.last day mau cari anak pokok dia
Siapa penggemar pokok bunga,mmg boleh jadi gilerrr tgk..seyes sgt lawaaaa sume pokok2 dia..rasa nak je duduk sini,pastu hari2 beli anak pokok,hari2 tanam depan rumah..hahaha.

Itu sahaja lah kot entry utk kali ini,insyaallah if ada kelapangan aku akan update dari semasa ke semasa.





Salam

Thursday, September 27, 2012

Piccas of the day

As salam wbt,
Alhamdulillah,sonoknyeee dapat sampai perth..hari ini adalah hari ke 3 aku di sini.
Tiga hari hujan turun..tapi kejap2 sahaja,cuma tak tahan angin nya sungguh kuat...ni pun dah demam dah..haha
Terima kasih ku ucapkan kepada kak Umi yang melayan kami dgn pelbagai juadah,semua sedap2.Sonok sangat2 dapat ketemu,selalu borak melalui internet je,skang dah jumpa depan mata.Terima kasih lagi ye kak Umi kerana melayan kami dgn baik sekali..Kenyang sungguh kami malam tu.
Insyaallah balik Malaysia nnti sy upload gambar,pic guna slr sume beso2..nak edit,software takde guna laptop kecik..kuikui

Anyway,ada beberapa keping gambar yg aku mau share,semuanya gambar guna phone je..edit pun guna instagram..;p
tak puas lagi jln2 nih..hehe

the rainbow..2 hari berturut2 nampak rainbow..subhanallah,cantik sgt

tempat kami tgl..ok,boleh muat 4 org

raining day

cantik

my fav flower,tulips..byk 'baring' sebab kena hujan :)

Tuesday, September 18, 2012

TImTam

As salam
Suppose aku nak sambung cite travel korea yg berkurun di buat pekasam.
Tapi tiba2 terpk..aku tak pernah cite pasal kwn baik aku ni.punyala hari² duk peluk cium..tapi cian dia tak pernah masuk blog aku ni.
Jadi,aku nak perkenal kan


Tadaaa
Hi ! Nama saya TimTam,saya dpt nama sempena kaler saya mcm biskut timtam


Comel tak? aku dari kecil..boleh dikatakan seumur hidup tak pernah berenggang dgn haiwan bernama kucing ni.
Kecuali masa study aku duk hostel la..sbb tak boleh nak bawa suka ati kan.
Tapi ke mana aku pergi,aku suka bawa makanan kucing dalam kereta...if ternampak kucing yang lapar,konfem aku bagi..
aku tatau mende camni aku dpt dari mak or abah aku...dua2 syg kucing...tp mereka tak la sampai sanggup ke mydin semata2 nak bagi kucing liar mkn.
Dahulu ketika kecil,rumah aku penuh dgn berbelas ekor kucing..penah sekali ada hampir 20 ekor dlm rumah aku.
Masa aku sekolah rendah ada budak2 lelaki kacau or tendang kucing,mesti aku marah..budak lelaki jht..cis!
Sampailah aku dah kahwin ni,penyeri rumah mesti ada kucing..kalau tak rasa tak best jer

cuma yg membezakannya aku hanya dibenarkan bela seekor sahaja
Hubs ada lelah,tapi yg tahap ok,takdela kena mkn ubat pape..cuma dia tak boleh terlalu banyak kucing

saya pandai pandang camera tau






Timtam ni pun bukannya kucing yg dibela dari kecil..masa baru kahwin dia dtg ke rumah kami...
comel sgt..masa tu kecik lagi lah..asyik curi2 masuk rumah kami..padahal kucing orang sebelah.Kdg2 kucing lain pukul dia..aku la jadi macam makcik pi berlari keluar tlg dia

Ada org kata jgn bela lah,nanti susah tu susah ni.nak beranak nnti dot dot dot,nanti kucing doa x elok @_@  dannn pelbagai alasan kolot diberi..dalam hati aku.ada aku kisah?muahahahha .
Aku pk satu jer,nabi pun syg kucing ,kat akhirat nanti mereka jugalah yang akan tlg kita nanti.

Last2 bila kami nak pindah rumah baru,kesian tengok timtam takde siapa bagi mkn..org sebelah pun tak bagi mkn dah..kami bawalah dia sekali..
saya juga seekor panda

hobi saya tido.pagi siang malam saya tido

saya pandai,kalau saya nak masuk rumah..saya gegarkan grill rumah mama saya

tempat tido saya walaupun atas tilam lembut,mesti nak alas kertas.kalau takde kertas saya sanggup tido atas surat khabar
Ramai kata Timtam ni jantan..sebenarnya betina...haha
Aku taktau la berapa umur si TimTam ni.tp masa dtg bdn dia tak terlalu besar or terlalu kecil.nak remaja lah kot masa tu...cuma yg aku tahu,usia dia mengenali kami sama dengan usia perkahwinan kami. Aku anggap  itu rezeki ;)

Monday, September 10, 2012

Perth,nice to see u again^^

As salam..insyaallah lagi 15 hari akan ke perth lagi,tgh menghitung hari..hikhik.
Kali ni kami decide utk tgl area northbridge or lebih specified Brownlea Holiday Apartment,northbridge..northbridge ni ramai nye aku tgk takut sgt nak duduk area nih..If malam2 kita tak lepak area kedai² yg diorang duk mabuk tuh,insyaallah takde masalah.Sebab tempat tinggal kami ni kawasan perumahan.aman & tenteram sahaja,hanya area pekan northbridge sahaja aku rasa org takut nak pi..pernah gak aku try lepak pekan dia bersama hubs & member aku..alhamdulillah,semuanya ok sahaja..so no worries ya.Dah balik nanti insyaallah aku akan bagi review tentang apartment ni.

Itinerary kali ni lebih kepada free & easy. kebetulan ada kerja sikit disana..^_^
Insyaallah kami akan turun ke Albany. Okay preparation utk di tick!^^

Tukar duit- done 
Simple itinerary- 70% done 
Stock makanan-done..kali ke 3 pergi barulah bawak makanan..stock jimat for 12 days 
Eta- done 
Passport-done 
Shopping toiletries-done 
List food that i miss in perth- selesai beli ticket terus buat list.done! Haha 

hmm,rasanya tu je dulu kot.Doakan perjalanan kami berjalan dgn lancar ye

Salam

Wednesday, September 5, 2012

Love is in the air.Our latest engagement video

Assalamualaikum,
I know this entry is not related to baking or travelling..tp still nak share our latest video.
Majlis ni baru je selesai shoot 1 september haritu.Kadang² rasa bersyukur,alhamdulillah Allah berikan ku kudrat yg mampu menolong suamiku mencari rezeki

For me wanita as wedding photographer boleh gagah lagi..tp as wedding videographer memerlukan kesabaran yg banyak.dont get me wrong,masing² ada kebaikan & 'kepenatannya' Tapi setelah hampir 5 tahun shooting bersama hubs.banyak yang ditempuhi.
Dari org pandang sebelah mata,ye lah..lelaki kan yg memonopoli bidang video ni,so bila kita shoot..adalah abg² photographer yg tengok atas bawah mcm kita ni tak reti ape.siap tengok kamera cikai apalah aku pakai.
Dari yg gedik² nak gatai pun ada padahal lakiku disebelah je
Dari client yang tak hormat kita,nak merajuk mcmlah kita ni kakak dia.
Dari client yang taknak bayar,tapi suruh shoot kaw kaw
Dari kawan yang minta tlg shoot,plus tak bayar..tapi arah org mcm kuli,siap bagi ayat sindir kalau tak shoot elok² dan etc etc etc.
Dari bawa barang berat ke hulu hilir..flycam,tripod,slider,camera sekali bawak..bukannya hubs tanak bawak,tp kadang2 masing2 terkejar sana-sini..siapa sempat dialah yg bawa,kang tak bawa hilang pula.

bersama geng photolicious(2010) I salute u kak Kay kerana mengharumkan nama wanita as a wedding photographer

Kami tahu as a videographer,pekerjaan ini bukanlah boleh dipandang tinggi or ditabik spring.Tapi apa yg kami perlukan hanyalah secebis sikap bertoleransi antara sesama umat islam.

beehunt crew at sime darby

 Tapi dalam banyak ragam pun,alhamdulillah terlalu ramai client kami yang baik hati
Dari sanggup bayar tiket flight semata2 nak kami shoot wedding mereka
Dari yang sanggup tukar date kahwin semata2 nak kami jadi videographer hari bahagia mereka
Dari yang sanggup hantar email dan me 'war-war'kan betapa bagusnya servis kami kepada berpuluh rakan mereka.
Such a nice people kan?Alhamdulillah kami dipertemukan dgn client sebegini:)

pre wedding shoot at Mmu cyberjaya,tempat studyku..mengimbau sungguh ;)

one of my proud moment.Alhamdulillah


To celebrate our 5th year as videographer,wedding videographer khususnya..kami paparkan our latest video
Enjoy the video :) for full hd,boleh layari dalam youtube thebeehuntstudio.Aku still tak reti nak up HD dalam blogspot ni..kuikui



Alhamdulillah aku masih bertahan hingga ke hari ini.Ada banyak perancangan sebenarnya,kalau boleh ikutkan hati,biarlah aku jadi editor sepenuh masa,segala urusan shooting suami yang buat.dalam progress mencari junior untuk dilatih sebagai 'beehunt junior'.
Insyaallah =)